Wednesday, March 3, 2010

Puisi : Cintamu..

Aku dahagakan kasihmu,
Aku nantikan sayangmu,
Dalam kesamaran aku mencari cintamu.

Cintamu hilang entah kemana,
Puas ku daki menggapai cintamu,
Makin jauh ku daki,
Semakin jauh cintamu menghilang.

Aku genggam cintamu,
Kukuh dalam genggamanku,
Tak ingin ku lepas walau sesaat,
Kerana hilang cintamu,
Hilanglah aku mencari diriku.

Cintamu suci tiada mampu aku tawan lama,
Cintamu murni untuk aku genggam selalu,
Cintamu, terasa kerdil diriku rasa,
Cintamu, betapa ku sedar aku bukanlah siapa-siapa.

Cintamu yang ku genggam kukuh,
Kini terlepas dari genggaman,
Tapi akan ku cuba kembali,
Mendaki dan terus mendaki,
Mencari dan mencari,
Hanya untuk mengejar dan menggapai cintamu itu,
Cinta yang membuatku sedar siapa aku,
Insan kerdil yang tak punya apa-apa...



10.57a.m
03/03/2010

No comments:

Post a Comment