Thursday, November 4, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini di huraikan , maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutan penghuraian ini akhirnya mati.

Firman ALLAH TA'ALA,
Bermaksud : Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan ALLAH dan adakah kamu itu mati maka dihidupkan, kemudian kamu dimatikan.kemudian kamu dihidupkan, kemudian kepadaNYA kamu dikembalikan. (Surah al-baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda2 kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud. cuma amalan-amalan dan ketaqwaan kita sahaja akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun,semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samaada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran dan seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di ati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilag setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH s.w.t. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati

Adapun tanda ini hanya akan di berikan kepada mereka yang diuji musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga, mata hitam kita tak akan bersinar-sinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati

Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum hari mati

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH S.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Semoga kita di antara orang-orang yang dipilih oleh ALLAH SWT yang akan di beri kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persediaan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari ALLAH SWT mahupun dari manusia sendiri daripada segala dosa dan urusan hutang piutang kita.. Amin..

Wasalam...

Study..

haih.. mcmana nak start ayat erk?actually, semangat nk tulis ni mmg berkobar2, siap da snap pic kt laptop lg.. tp biler gmbr da terdelete tanpa sempat di copy n paste, mood terus hilang.nak amek gmbr pon da xde mood.. sakit tol hati..tp teruskn jugaklah coz tgk romate ni update blog die, so tgn ni pon menggatal gak nk menaip.. haha..

luse da ade paper QMT, tp ni baru nak start study..teruk kan? tp QMT ni paling takut klu xckp mase n luper time jawab tp doa2kan lah semua ni xterjadi bukan saja untuk sy tp utk kwn2 kt luar sane.. amin.. =)

tetibe jadi speechless nk taip.. semua gara2 terdelete gmbar td.. so, da xtau da nk taip ape.. hilang da semua yg nak di taip.. tapi, letak gak r gmbr yg di snap td.. terpksa wat muker senyum coz xknlah dlm gmbr nk masam2 kan.. hehe.. ni gmbr beselah org tgh penat n tension (tension ker?blom lg kot).. hehe...