Thursday, November 4, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Apabila tajuk ini di huraikan , maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutan penghuraian ini akhirnya mati.

Firman ALLAH TA'ALA,
Bermaksud : Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan ALLAH dan adakah kamu itu mati maka dihidupkan, kemudian kamu dimatikan.kemudian kamu dihidupkan, kemudian kepadaNYA kamu dikembalikan. (Surah al-baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda2 kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud. cuma amalan-amalan dan ketaqwaan kita sahaja akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun,semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samaada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran dan seakan-akan menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di ati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilag setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash ALLAH s.w.t. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati

Adapun tanda ini hanya akan di berikan kepada mereka yang diuji musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga, mata hitam kita tak akan bersinar-sinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati

Akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum hari mati

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH S.w.t yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Semoga kita di antara orang-orang yang dipilih oleh ALLAH SWT yang akan di beri kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini. Semoga kita dapat membuat persediaan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari ALLAH SWT mahupun dari manusia sendiri daripada segala dosa dan urusan hutang piutang kita.. Amin..

Wasalam...

Study..

haih.. mcmana nak start ayat erk?actually, semangat nk tulis ni mmg berkobar2, siap da snap pic kt laptop lg.. tp biler gmbr da terdelete tanpa sempat di copy n paste, mood terus hilang.nak amek gmbr pon da xde mood.. sakit tol hati..tp teruskn jugaklah coz tgk romate ni update blog die, so tgn ni pon menggatal gak nk menaip.. haha..

luse da ade paper QMT, tp ni baru nak start study..teruk kan? tp QMT ni paling takut klu xckp mase n luper time jawab tp doa2kan lah semua ni xterjadi bukan saja untuk sy tp utk kwn2 kt luar sane.. amin.. =)

tetibe jadi speechless nk taip.. semua gara2 terdelete gmbar td.. so, da xtau da nk taip ape.. hilang da semua yg nak di taip.. tapi, letak gak r gmbr yg di snap td.. terpksa wat muker senyum coz xknlah dlm gmbr nk masam2 kan.. hehe.. ni gmbr beselah org tgh penat n tension (tension ker?blom lg kot).. hehe...









Sunday, October 31, 2010

~Single again

Am i single again?? yes.. im single.. huhu.. erm.. ingtkn aku da jmpa org yg aku leh buat suami.sehidup semati..tp rupernya pencarian aku kena teruskan lgi.. huhu.. xde jodoh.. rasa tu da hilang..

setelah 2 thn lebih aku single, hati aku ni da terbuka untuk kembali bercinta tp xsangka xsampai sebulan terputus di pertengahan.. xde jodoh kot..

ni lepas ni, xnk da pikir pasal lelaki sgt.. kalau ade jodoh, ade lah.. huhu... kali ni, xtaulah ebrape lama aku single.. huhu

Saturday, October 30, 2010

~Exam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~Assalamualaikum w.b.t

Da lama xmenulis sebenarnya..coz xpandai nak menulis walaupun sebenarnya banyak idea di kepala..erm2.. sekarang ni tengah musim exam.. final exam untuk semester 6 ni.. dulu masa awal2 sambung degree da pasang niat nak study sungguh2.. nak jadi scorer dan nak dapat anugerah dekan walaupun sekali tapi... bila da masuk degree, memang harapan hanya tinggal harapan..impian hanya tinggal impian.. sebabnya, memang dalam diri ni, penyakit 'M' sentiasa bermaharajalela.. tengok jerlah semester kali ni.. study pon malas, mcmanalah nak score.. last2, juz leh ckp,mintak2 exam sumer pass.. haha.. klaka tol..tp serius mmg cuak ckit sem ni(sedangkan setiap sem ckp mcmni..huhu ).. kenapa cuak??? coz study malas dan exam pon setakat ni susah.. memang tawakal jerlah..usaha?? usahalah jugaklah,,xdelah xusaha langsung kan.. study tetap study cuma mungkin xstruggle sangat.. kononnyer xtau ape nak study(mcm da habis study semua chapter jer), sedangkan banyak jer lagi yg xcover tpi penyakit malas tu da bermaharajalela.. huhu.. tapi sem ni kena gak chaiyok2.. doakanlah sy k.. huhu.. ade 3 paper lagi.. hope semuanya sng2 nnti.. huhu..

erm2.. bulan 12 ni da nak praktikal, xsabar rasenya nak keje.. xcited ade, takut pon ade.. yelah, xpernah kerja lah katakan.. dulu pernah keje partime jd promoter, tp tupon sembunyi2.. ayah sampai skrg xtau sy pernah kerja.. gaji pertama sy buat belanja family..tp oleh kerana xnk ayah syak bukan2, beli jerlah mcd.. hehe.. time tu time2 sengkek, xkanlah nk beli makanan mahal2 or beli something yg mahal2.. nanti kantoi sudah.. tp tulah, gaji pertama rm450.. habis gitu sahaja... habis buat belanja org.. hehe... nnti praktikal nnti, dapat elaun, tu di kira gaji pertama lgi x erk? haha....

actually, nak post tntg cinta.. title pon td da tulis "jatuh cinta???Putus cinta??".. tapi, xtaulah kenapa tgn ni laju jer tulis tntg exam.. so, malas nk delete2, teruskan jerlah menulis.. sy ni kalau da menulis mmg da xreti nak stop.. jup g nak pos lg..tp lepas ni betul2 nk citer tntg cinta.. hehe...

~Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, August 25, 2010

Pergi...

Seindah bunga di taman,
Menguntum harum segar mewangi
Namun sayang sudah dipetik orang...
Sudah terlambat kini,
Penantianku berakhir sudah,
Kau pergi tanpa kata..
Tinggalkn aku sendiri...
Terkenang kembali saat kita berdua,
Bermadu kasih asmara,
Tiada siapa yang menggangu,
Kau hadir dalam mimpiku
Tiap detik dan tiap waktu tanpa jemu..
Kau hadir dikala sepi,
Kau ada tika sunyi
Kau di sisi tika ku perlu
Namun kini ku sendiri..
Tak guna ku tangisi ini,
Kau pergi tetap pergi
Kau pergi tingglkn aku..
Sendiri...
Aku keseorangan kini,
Menanti suatu yang tak pasti...
Puas sudah sudah ku rayu,
Puas sudah tangis namun kau tetap pergi...
Pergi..




Wednesday, June 23, 2010

Perpisahan

Hati ini telah kau sakiti,
Tak mungkin ku kan berpaling lagi.
Cukuplah sekali hati ini kau sakiti.
Aku pasrah dengan segalanya.
Ku percaya ini yang terbaik buat kita.
Kau dan aku tak mungkin kan bersatu.
Cinta kita kan ku semat kukuh dlm ingatan,
Kan ku abadikan dalam jiwa,
Sebagai tanda cintaku padamu.
Hanya satu pintaku ,
Terimalah segalanya dengan reda.
Sayang kita tak mungkin bersemi.
Cinta kita tak mungkin bersatu.
Kau dan aku bukan lagi satu.
Kita kini berbeza segala.
Walau masih ada sayang,
walau masih ada cinta,
Tapi ini yang terbaik buat kita.
PERPISAHAN........

Saturday, June 19, 2010

Kasih..

Kasih,
Kau dan aku,
Ditakdirkan bersatu,
Kau dan aku,
Telah lama menyatu.

Kasih,
Walau badai melanda,
Walau dugaan menimpa,
Kau kekal dalam jiwaku,
Kau tetap dalam hatiku.

Kasih,
sepimu aku rindu,
Ketiadaanmu aku sepi,
Hilangmu aku mati...

Friday, June 18, 2010

Perpisahan........

Andai aku pergi dulu
Terimalah dengan reda
Antara kita tiada jodoh lagi
Cinta kita tak mungkin kan bersatu.

Andai aku pergi dulu
Janganlah kau lupakan diri ini
Janganlah kau buang diri ini

Andai bintang bisa berbicara
Andai bulan bisa berkata
Akan ku rayu bulan dan bintang
Hanya untuk sampaikan kasih dan cintaku padamu
Akan ku rayu bulan dan bintang
Hanya untuk sampaikan rinduku padamu

Andai diri ini kau rindui
Pandanglah bulan dan bintang di atasmu
Laungkan pada bulan dan bintang
kau rindukan aku
Kau kasihkan aku
Akan ku sambut launganmu dengan titisan-titisan airmataku..
Pandanglah bulan dan bintang
Kau akan tahu
Aku juga begitu.......

.....................................................................................

Perpisahan
Terjadi tatkala hati menjadi satu
Berlaku tatkala diri sudah mula kasih akan dirimu.

Mengapa perpisahan terjadi antara kitaa
Perpisahan yang tak dirancang antara kita
Perpisahan untuk selamanya.

Bukan niatku untuk mengabaikan takdir
Bukan jua niatku untuk menyalahkan takdir.

Tapi aku keliru dan aku kecewa
Kenapa ini semua perlu terjadi
Tatkala kita sudah saling mengenali
tatkala kita sudah saling menyayangi
Tatkala kita sudah mengenal erti cinta sebenar.

Sungguh payah untukku terima semua ini
Baru semalam ku rasa kita saling berkasih
Tapi hari ini ku lihat perpisahan ini.

Hendak ku butakan mata, pekakkan telinga..
Tidak ingin rasanya ku lihat dan dengar perpisahan ini
Namun ku tak mampu
Kerna walau diri ini
Buta dan tak bisa mendengar
Namun hati ini tetap bisa melihat
Tetap bisa mendengar
Kerana hati ini
Sentiasa ada kamu MENEMANI..........

Kasih dan Cinta

Kasih
CInta nan satu
Akan ku abadikan cinta ini
Dalam potret ini
Potret kita berdua
Di dalam ingatanku

Akan ku simpan kemas dalam ingatanku
Segala Kenangan kita
Pahit dan manis akan menjadi satu
Seperti mana kita
Kau dan aku berlainan
Tapi kita tetap SATU.....

.....................................................................................

Mengapa hati ini kau sakiti
Mengapa jiwa ini kau robek
Tiadakah sekelumit perasaan cinta untukku
Setelah kasih dan cinta ku beri seluruh jiwa raga
ku serahkan hanya padamu...

Tapi kenapa ini balasan yang ku terima
Adakah diri ini tidak layak mencintai dan di cintai

Aku juga seperti insan lain
Ingin rasa disayangi dan menyayangi
Tapi mengapa diri ini hanya jadi permainan kasihmu
Hanya jadi permainan cintamu

Adakah diri ini terlalu hina di matamu
Dapatkah kau memberi jawapan yang pasti
Jawapan kepada segala persoalanku
Persoalan yang sering membuatku derita

Mengapa diri ini sering disakiti
Sedangkan hati ini seikhlas dan sepenuh jiwa
menyintai dan menyayangimu..
Mengapa semua ini terjadi saat diri sudah kasih akan dirimu.............

Monday, April 5, 2010

Sahabat

Sahabat,
kau ada tika ku perlu,
kau di sisi saat ku duka,
kau temani saat ku sepi...

Keranamu sahabat,
gelap jd terang,
samar kian jelas,
terang smkn berkilau...

Sahabat,
panas ku harap sampai ke petang,
hujan jua dipertengahan...

Sahabat,
andai ini ujiannya,
andai ini ketentuannya,
aku pasrah dlm diam,
aku reda dlm keterpaksaan...

Sahabat,
harapanku mejadi impianku kini,
hujan yg turun berlalu menjauh,
awan yg mendung berarak pergi...

Sahabat,
keranamu aku kuat,
keranamu aku lemah...

Thursday, April 1, 2010

Abang

Abang,
Walau jauh kau berada
Namun di hati ini kau sentiasa ada
Kau sentiasa bertakhta di hati ini
Tak pernah walau sekali aku melupakanmu

Abang,
Sesungguhnya hanya tuhan yang tahu betapa aku menyayangimu
Hanya tuhan yang tahu betapa aku merinduimu
Andai bias diputar kembali,
Akan ku hargai setiap detik bersamammu
Akan ku gunakkan masa bersamamu dengan sebaiknnya
Tidak akan sekali aku persiakanmu
Namun takdir memisahkan kita
Kau dan aku terpisah buat selamanya
Kau telah tinggalkan aku jauh tatkala aku memerlukan sokonganmu
Aku keseorangan sejak kau tiada
Tanggungjawab yang sepatutnya kau galas
Berada di pundakku kini
Tanggungjawab yang terlalu berat untuk aku tangung
Namun akan ku cuba sedaya upaya ku untuk mengatasinya
jika kau bisa aku juga bisa

Abang,
Doakanlah aku tabah mengharungi dunia ini
Restuilah apa jua yang aku lakukan

Abang,
Adakah mmasih ada peluang untuk akku bertemumu
Bertemu walau di alam sana?

Gadis

Gadis
Di kejauhan,
Air mata bergenangan,
Mengalir deras di pipi mulus sang gadis,
Pipi putih mulus,
Kini basah dek air-air jernih yang teraniaya.

Namun,
Dipaksa mengalir kerana sang jejaka,
Sang gadis,
Walau sabar mengharungi,
Walau tabah menghadapi,
Namun,
Mata dan hati tidak mampu berbohong,
Dari hati,
Akan lahir perasaan kecewa,
Dari mata,
Akan lahir permata-permata jernih,
Tanda kesedihan dan kekecewaan yang tak terbendung,
Tak tertahan dek hati dan mata.


12/01/10
3.34p.m

kekasih hati nan satu..

Sepi
Hati ini sepi tanpamu
Rindu
Hati ini rindu padamu
Kasih
Hati ini kasih padamu yang Satu

Wahai kekasih hati ini,
Kasihku padamu tidak berbelah bagi,
Rinduku padamu menggunung tinggi,
Sepi diri ini tanpa kau menemani.

Wahai kekasih hati ini,
Bertahun sudah engkau takhluki hati ini,
Bertahun sudah kesetiaan menemani.

Wahai kekasih nan satu,
Bersua denganmu saban waktu tak pernah jemu,
Saban hari engkau selalu ditunggu.

Wahai kasih nan satu,
Bersua denganmu gembira dirasa,
Bersua denganmu kesyukuran dipanjatkan,
Bersua denganmu sebak di dada.

Wahai pujaan nan satu,
Kerdil dirasa tatkala bersua,
Kasihmu tak mampu tuk ditandingi.

Kasihku,
Walau kesetiaan tak pernah luntur,
Walau engkau selalu ditunggu,
Namun,
Dalam sedar dan tidak,
Diri ini kadang mengkhianatimu,
Diri ini terleka dari mengingatimu.

Kekasih,
Ingin diri ini sentiasa di sisimu,
Ingin diri ini segera menemuimu,
Ingin diri ini setia padamu yang satu.

Kekasih,
Izinkan diri ini menyayangimu,
Izinkan diri ini mendakap kasihmu,
Izinkan diei ini selalu bersamamu.

Kekaih,
Kasihmu nan satu,
Tiada yang mampu menandingi,
Kasihmu nan suci,
Begitu dihargai.

Kekasih,
Jadikan diri ini tidak terleka,
Jadikan diri ini tidak mudah lupa,
Jadikan diri ini hambamu yang sejati.




Nukilan : yayaNazirah
Tarikh : 22 ogos 2007@ 10.00am

Cinta

Cinta,
Buatku tertawa dan menangis,
Cinta, hadir tatkala diri tak bersedia,
Pergi tatkala diri memerlukan.
Cinta, mengapa hadir hanya untuk mempermainkan,
Mengapa tiba hanya untuk mengecewakan,
Mengapa bertandang hanya untuk sementara.
Cinta,
Apa itu cinta,
Manis dan pahit.
Manis bak gula,
Pahit bak hempede,
Mengapa perlu cinta,
Megapa cinta pperlu ada,
Mengapa cinta itu membahagiakan,
Mengapa cinta itu mengewakan.
Hanya ada satu jawapan,
Kerana cinta adalah cinta,
Walau ia pahit,
Tetapi tetap ada manisnya,
Walau ia mengewakan,
Ia juga bias membahagiakan,
Bahagia yang bias menyelimuti kekecewaan,
Bahagia yang setiap insane perlukan.
Kemanisan yang setiap insane impikan.

12/01/2010@3.47p.m

Thursday, March 11, 2010

New Hobby

sy ada hobi baru..yuhuuu.. hobi baru sy ialah skrg sy sukerr mengforward msg kt kwn2 sy.. hobi yg best..hehe..

Monday, March 8, 2010

Cinta

Cinta,
Kenapa perlu ada
Kenapa perlu wujud dalam diri
Kenapa perlu cinta jika tahu ia menyakitkn
Kenapa tiada cinta yg selamanya indah
Kenapa cinta perlu ada kesengsaraan
Kenapa cinta hadir dlm diri
Jika hanya untuk menyakitkan
Kata orang cinta itu indah
Indah hanyalah sementara
Berbaloikah ia
Jika kesengsaraan menyelimuti keindahan
Indahkah cinta
Jika saban waktu menangisinya
Jika cinta selamanya indah
Adakah kita tidak akan menghargai cinta
Jika cinta mewujudkan kesengsaraan
Adakah itu tandanya kebahgiaan

4.30 am
8/03/2010

Saturday, March 6, 2010

Akhirnya kelas sy jd johan tok boria arabic night..

assalamualaikum..erm.. da 2hri xun9.. sebok dgn latihan boria utk pertandingan mase arabic night 5.3.2010.. erm.. alhamdulillah, akhirnya segala penat lelah terbalas jua.. kelas sy jd johan.. mula2 ade masalh teknikal shngga ada step tarian kami xdpt dipersembahkan kerana masalah teknikal tersebut..tp mngkin nilah hikmah disebalik mslh teknikal tu kot.. tp lepas jer mc ckp naib johan siapa, kami terus bersorak...coz kamilah pemenangnya..then, biler mc ckp kami johan, lagilah.. mase nk amek hadiah, kels kami ade yg melompatlah, bangun lah..n salah sorgnyer ialah sy..hehe xsngka sngguh kami leh mng.tp syukur sgt2.. berbaloi2..hehe..tp kecewa tu ttp ade coz kami xberjaya tok menang keseluruhan.. mlm td ada 3 kategori, boria, nasyid n dikir..huhu

Wednesday, March 3, 2010

puisi : Pena

Setiap detik dan waktu,
Penaku menari-nari,
Di atas sekeping helaian putih,
Helaian kosong tidak bercorak,
Menjadi sesuatu yang indah,
Indah di mata,
Cantik di hati.

Yang indah hilang serinya,
Yang cantik bertukar wajah,
Pena begitu alpa menari,
Alpa mengejar keseronokan,
Alpa mencari kebebasan,
Kebebasan di atas helaian kosong,
Lalai dalam dunia tarinya sendiri,
Tapi kealpaan dan kelalaian tarian pena,
Hanyalah sementara,
Apabila helaian penuh dengan warna,
Pena akan tersedar kembali,
Kembali menari dengan langkah yang cantik,
Menari dengan lenggok yang indah.

Pena terus menari,
Saban hari dan saban waktu,
Apabila telah tiba waktunya,
Pena akan berhenti jua,
Hilanglah warna,
Hilanglah keindahan,
Hilanglah kecantikan...


11.09a.m
03/03/2010

Puisi : Cintamu..

Aku dahagakan kasihmu,
Aku nantikan sayangmu,
Dalam kesamaran aku mencari cintamu.

Cintamu hilang entah kemana,
Puas ku daki menggapai cintamu,
Makin jauh ku daki,
Semakin jauh cintamu menghilang.

Aku genggam cintamu,
Kukuh dalam genggamanku,
Tak ingin ku lepas walau sesaat,
Kerana hilang cintamu,
Hilanglah aku mencari diriku.

Cintamu suci tiada mampu aku tawan lama,
Cintamu murni untuk aku genggam selalu,
Cintamu, terasa kerdil diriku rasa,
Cintamu, betapa ku sedar aku bukanlah siapa-siapa.

Cintamu yang ku genggam kukuh,
Kini terlepas dari genggaman,
Tapi akan ku cuba kembali,
Mendaki dan terus mendaki,
Mencari dan mencari,
Hanya untuk mengejar dan menggapai cintamu itu,
Cinta yang membuatku sedar siapa aku,
Insan kerdil yang tak punya apa-apa...



10.57a.m
03/03/2010

03/03/2010

assalamualaikum.. erm.. hrni 2nd day wat blog ni.. pg td xtaulah knp asyik nk marah jer.. tension kot.. xpaham dgn org sekeliling.. huhu.. pastu, myb tension dgn latihan boria.. da r xpandai menari, kena menari.. try r ikut step..tp xpandai2... makinlah menambahkn tension ni..huhu.. but now ok kot.. sabar jerlah.. petang ni ade latihan boria.. huhu.. erm.. td time kelas ibm, sy ade wat puisi.. 2 puisi.. jup g sy pos puisi sy tu.. erm.. sy ni xdelah pandai pon berpuisi2 ni..so, puisi sy xdelah best mane pon.. xdelah pandai sgt wat ayat yg best2.. ayat biase2 jer..hehe..

Tuesday, March 2, 2010

About me..

assalamualaikum.. erm.. ni 2nd blog sy.. act, xtaupon guna blog ni sgt..
erm.. sy asl jb tp study kt uitm jengka..amek degree akaun.. dulu diploma kt uitm segamat.. course yg same gak.. erm.. besday sy, 4 oct..so, t jgn lupe bg hadiah..hehe..sy ni jns yg xpandai nk perkenalkn diri, so ni jer kot yg sy nak cerita.. t sy akn update lg tntg diri sy n kongsi segala puisi2 yg sy wat n cerpen2..insya allah..